KEDAI JAHIT PUTRAJAYA.

KESAN JANGKAMASA PANJANG PENGGUNAAN TUALA WANITA MURAH (BERASASKAN KERTAS/BAHAN TERPAKAI & BUKAN KAPAS)


ANCAMAN TOKSIN PAD PAKAI BUANG


Tahukah para wanita, ancaman toksin pada pad pakai buang wanita? Pernah kah anda mendengar tentang bahayanya pad pakai buang wanita? Mari kita lihat kenapa pad pakai buang wanita merbahaya.

Menurut kaji selidik yang dibuat di Amerika Syarikat, sejak pad pakai buang wanita dihasilkan secara besar-besaran, lebih daripada 70% wanita mengalami gejala-gejala penyakit dalaman wanita seperti keputihan, gatal-gatal, alergi, ruam, senggugut, jangkitan kuman di vagina dan sebagainya.

 

Bagaimana pad pakai buang wanita dibuat?

 

Pad pakai buang wanita dibuat daripada kertas. Tetapi pada hari ini, simpanan kapas semulajadi telah berkurangan. Oleh itu, kilang-kilang menggunakan kertas yang dikitar semula dan plastik yang tidak disteril dan melalui proses pelunturan untuk menghasilkan tuala dan pad pakai buang wanita. Proses ini dapat mengatasi masalah kekurangan kapas semulajadi dan mendapatkan keuntungan yang lumayan. Tetapi tindakan ini boleh mengancam kesihatan para wanita. Menyangka pad pakai buang diperbuat daripada kain kapas semulajadi adalah tidak benar sama sekali.

 Proses pemutihaan (bleaching) kertas?













Semasa proses pelunturan, bahan kimia yang sangat toksik dan merbahaya – dioksin – telah terhasil dan bahan kimia ini masih kekal di atas kertas. Anda bole mencuba. Ambil sekeping kertas tisu dan jadikan sebagai pelapik seluar dalam anda untuk beberapa jam. Anda pasti akan mengalami kegatalan kerana ianya tidak steril atau bersih. Ia hanya kelihatan putih dan cantik tetapi sebenarnya tidak bersih.

 

Bagaimana ancaman toksik dioksin ini pada kesihatan wanita ?

 

Apabila seorang wanita itu mengalami haid, darah yang terkumpul di atas tuala wanita ini akan mengeluarkan lembapan. Kuapan dari lembapan ini yang akan memasuki faraj anda hingga ke serviks dan seterusnya ke uterus. Kuapan akan terkumpul di dalam uterus untuk tempoh beberapa tahun, dan dalam diam mengancam kesihatan dalaman wanita. Pada hari ini, kita dihebahkan tentangg penyakit serius yg menyerang wanita seperti sista ovari, kemandulan, fibroid, kanser, radang pelvik dan sebagainya. Puncanya adalah toksik dioksin. Ia terbukti melalui penyelidikan yang mendalam bahawa dioksin boleh menyebabkan kanser secara senyap dan ia mengambil masa bertahun-tahun untuk menyerang.

 

Apakah alternatif kepada pad pakai buang wanita?

 

Wanita dahulu menggunakan kain yang dilipat sebagai ‘pad’ semasa haid. Pernahkah anda mendengar pelbagai penyakit wanita ketika dahulu? Bahkan mungkin nenek moyang hari ini juga tertanya-tanya kenapa ramai wanita hari ini mengalami pelbagai penyakit wanita seperti sista ovari, kemandulan, fibroid, kanser, radang pelvik dan banyak lagi kerana penyakit-penyakit tersebut jarang kedengaran sebelum ini.

4-6 daripada 10 wanita mengalami sista ovari dan kemandulan. Di Malaysia, penyakit wanita meningkat naik dalam 15-20 tahun yang lepas. Kenapa ia berlaku dalam 20 tahun yang lepas? Kerana pad pakai buang wanita digunakan secara meluas sejak ia mula diperkenalkan akhir 1970-an. Oleh itu kesannya pada wanita-wanita dalam lingkungan umur 18-40. Perkara ini perlu disebarkan agar orang ramai mempunyai kesedaran menggunakan alternatif kepada pad pakai buang wanita. Bukan hanya untuk penjimatan dan kepekaan persekitaran tetapi kepentingan penjagaan kesihatan.

Pad kain moden adalah alternatif selamat untuk para wanita semasa haid. Pad kain moden direkabentuk dengan lapisan kalis air (PUL) agar tidak bocor, sayap pad untuk mengelakkan dari bergerak bagi memastikan kelesaan. Pad kain moden wanita Snowdrop adalah pad yang berkualiti tinggi. Pad snowdrop direkakhas untuk memberi jaminan kelesaan kepada wanita ketika haid. Tiada jenama lain yang memberi jaminan satu (1) tahun seperti Snowdrop. Lapisan belakang pad Snowdrop dihiasi dengan corak kain kapas US yang cantik, menarik dan bermutu tinggi menawarkan kepelbagaian citarasa wanita.

 

'Tuala Wanita' merupakan perkara yang sangt penting bagi setiap wanita yang mencapai akil baligh..Seawal usia 12 tahun 'wanita' telah terbiasa dengan pemakaian tuala wanita.

Namun sedarkah kita disebalik PUTIH 'tulen' dan bersih tuala wanita yang menjadi kegunaan kita berdekad lamanyamerupakan salah satu penyebab kanser...fibroid..kemandulan dan pelbagai sakit puan yang lain

Tahukah anda, tuala wanita serbuk kayu pulpa, kotak, kertas terbuang yang dilembutkan dan diputihkan melalui proses pelunturan dengan bahan peluntur yang berklorin yang menghasilkan bahan kimia iaitu DIOKSIN.
Lapisan inilah yang dijadikan tuala wanita pakai-buang yang telah digunakan oleh wanita diselurruh dunia pada tahun 1970 hingga sekarang.

BAGAIMANA DIOKSIN BOLEH MERESAP KEDALAM RAHIM DAN MENYEBABKAN KANSER?

Darah haid yang mengalir keluar akan memasuki tuala wanita melalui permukaan jaringan atau kain bukan kapas. Sejenis gas toksik yang dinamakan Dioksin terbebas melalui proses pemeluapan. Dioksin akan meresap ke dalam uterus dan akhirnya sampai di ovari melalui tiub fallopian.

Jadi, kita harus berhati hati dalam memilih tuala wanita, pantiliner atau tampon.

Walaupun tuala wanita dianggap sangat penting dan menjadi penyelamat wanita daripada kebocoran semasa datang haid atau lelehan keputihan yang keterlaluan, ia sebenarnya boleh memudaratkan secara diam sekiranya wanita menggunakan tuala wanita bermutu rendah.


APA ALTERNATIF YANG KITA ADA?


1) Menggunakan kain kapas alternatif guna semula
2) Menggunakan Tuala wanita kain kapas
3) Menggunakan Tuala wanita kain kapas organik
4) Menggunakan Tuala wanita berherba yang berasaskan kapas


BERHATI-HATI!!


Ramai antara kita keliru dalam memastikan tuala wanita yang digunakan adalah daripada kapas atau tidak. Kebanyakan wanita terpedaya dengan slogan' selembut kapas' yang tertera pada pembungkus tuala wanita. 'selembut kapas' tak bermakna diperbuat daripada kapas. Biasanya tuala wanita daripada kapas ni agak mahal sedikit berbanding tuala wanita daripada pulpa dan kertas terbuang...

 

Ancaman Tuala Wanita

 

Tahukah anda yang TUALA WANITA ANCAMAN KESIHATAN DALAM DIAM?(maklumat dari Utusan Pengguna July 2002)


Jika anda rajin membaca atau layari internet berkaitan dengan kesihatan, anda akan kerap kali terjumpa wanita yang mempunyai berbagai masalah sakit puan, sehingga ramai orang menganggap sakit puan adalah perkara biasa bagi wanita. Sebenarnya, apa yang diutarakan hanyalah oleh sebilangan kecil wanita sahaja kerana ramai yang lebih suka merahsiakan penyakit-penyakit berkaitan alat sulit dan sistem peranakan kerana malu.




Berapa kerap kita mendengar kawan-kawan mengadu mengidap gatal-gatal dan keputihan atau kekuningan? Ada yang menahan kepedihan kerana melecet-lecet akibat digaru, ada yang sampai tak boleh tidur, duduk pun tidak selesa... tapi malu untuk mendapatkan rawatan. Jika telah dirawat pun perkara begini seringkali berulang semula. Alat sulit adalah bahagian yang paling disukai oleh bakteria dan kulat/fungus untuk bertapak dan membiak kerana bahagian ini sentiasa lembab dan terlindung. Cuba anda lihat betapa banyak produk cucian faraj dijual di pasaran secara terbuka.


Bakteria boleh memasuki faraj ketika wanita mencuci najis dengan air, dengan menyapu tangannya dari belakang ke depan dan secara tidak langsung mengibas air yang dicemari najis ke arah alat sulitnya. Cara jangkitan lain ialah ketika bersama suami, apabila alat sulit suami tidak dicuci bersih atau tergesel lubang najis isteri. Setelah melakukan hubungan kelamin wanita amat mudah mendapat jangkitan. Bau najis misalnya adalah hasil dari tindakbalas kuman dan sisa makanan dalam usus. Jika kuman yang sama secara tidak sengaja termasuk ke dalam faraj, sudah tentu ia akan membiak dan menghasilkan cecair faraj yang berbau. Keadaan ini dikenali sebagai bacterial vaginosis dan jika jangkitan itu kekal kemungkinan ia akan mengakibatkan masalah kesuburan seperti keguguran janin dan keradangan selaput dalam rahim atau endometrium.


Ramai wanita mengidapi pelbagai masalah ketika haid, bersalin, menopaus dan pada waktu-waktu lain juga tanpa mengira usia. Selain ketidakseimbangan hormon, faktor utama adalah jangkitan bakteria dan kulat/fungus. Jangkitan ini bukan setakat di luar tetapi menular hingga ke bahagian dalam sistem peranakan wanita. Salah satu punca kanser rahim dan ovari adalah kerana jangkitan bakteria. Bakteria boleh merosakkan sel-sel dan menimbulkan berbagai komplikasi.


Ketika wanita di datangi haid atau selepas bersalin / keguguran, wanita akan menggunakan pad. Takungan darah di pad itu menggalakkan pembiakan bakteria kerana kandungan protein darah menjadi sumber makanan bakteria. Selepas memakainya beberapa jam, wanita akan terasa gatal-gatal di bahagian faraj, malah selepas habis haid ramai wanita mendapat jangkitan pundi kencing menyebabkan kesakitan dan kerap buang air kencing. Jangkitan yang teruk dan berulang serta jika ditambah faktor daya ketahanan badan yang lemah akan mengakibatkan wanita berkenaan terdedah kepada risiko mengidap penyakit yang lebih teruk seperti turun darah berterusan, ovarian cyst, endometriosis, kanser dan sebagainya.


Beberapa hasil ujian yang dilakukan di negara barat membuktikan terdapat bahan toksid dalam tuala wanita biasa. Persatuan Pengguna Pulau Pinang juga pernah mendedahkan bahaya tuala wanita yang biasa kepada kaum wanita. Selain dari takungan darah yang menjadi punca pembiakan bakteria, kandungan dalam tuala wanita tersebut sendiri mendedahkan wanita kepada risiko penyakit yang digeruni tanpa disedari. Berapa ramai wanita yang sedar bahawa tuala wanita diperbuat daripada gentian/serbuk pulpa kayu yang diputihkan dengan bleaching?Bleaching adalah asid peluntur yang biasa digunakan semasa mencuci pakaian atau lantai rumah. Asid ini apabila di lekatkan pada kulit seperti difaraj, ianya akan menyerap masuk ke dalam sel-sel tubuh badan dan lama kelamaan akan terkumpul dan boleh memudaratkan rahim.


Rata-rata wanita fikir semua tuala wanita diperbuat daripada kapas asli kerana ia berwarna putih. Jika anda sering menonton TV & terperasan iklan mengenai tuala wanita, cuba perhatikan tulisan `permukaannya seperti kapas asli’ yang membawa maksud ianya bukan dibuat dari 100% kapas asli. Kandungan dioksin / toksik yang tertinggal dalam tuala wanita biasa boleh meresap masuk ke dalam tubuh si pemakainya dan kemudian tersimpan dan terkumpul di dalam sel lemak badan. Ini boleh menimbulkan kerosakan/penyakit yang serius dan membawa maut. Pengguna berhadapan dengan risiko lemah sistem imuniti, radang pelvik, kurang subur serta ia turut menjejaskan perkembangan dan kesihatan janin dalam kandungan.


Tuala wanita biasa yang berasaskan pulpa kayu juga mengandungi bakteria. Hasil ujian Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendapati jumlah bakteria amat tinggi sehingga 10 kali ganda lebih dari piawaian antarabangsa dan boleh membawa kepada jangkitan faraj. Info dari Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan statistik wanita di Malaysia yang menghidapi masalah dalaman seperti barah rahim, endometriosis, ketumbuhan, fibroid dll semakin meningkat.


Walaupun penyelidikan yang telah dibuat tidak dapat betul-betul membuktikan sejauh mana tahap bahaya dioksin dalam tuala wanita, tetapibanyak kajian yang mendapati memang terdapat dioksin dalam tuala wanita dan menyokong supaya penggunaan tuala wanita diperbuat daripada pulpa kayu dielakkan dan menggantikannya dengan tuala wanita daripada kapas asli.

Fungsi Ionized(ion-ion negatif)

Ion-ion negatif adalah kuasa yang diperlukan oleh badan manusia untuk fungsi penapisan darah,menyelaraskan sistem saraf otonomi, mengaktifkan sel-sel dan meningkatkan daya tahan badan. Ia juga berfungsi sebagai mengitar semula oksigen di dalam darah dan keseluruhan anggota badan. Oleh itu ia dapat meningkatkan kesegaran,nyaman, tenang dan selesa ketika haid.

Fungsi Pudina

Menyegarkan, menghilangkan, kesakitan, kegatalan, mengurangkan ketidakselesaan, menyahjangkit, menghilangkan bau, melancarkan haid dan peredaran darah serta mengurangkan radang dan bengkak.

Fungsi Bunga Melur

Menyegarkan, menteramkan emosi dan kesakitan semasa haid serta menghapuskan bau yang kurang menyenangkan.

Fungsi Minyak Kayu Putih

Penyahjangkit dan merawat jangkitan vagina (vaginitis) dengan membunuh bakteria Trichomonas Vaginalis.

Fungsi Aktinolit (Actinolite)

Meningkatkan fungsi sistem pembiakan wanita.

Fungsi Hydroxycamphane

Menyegarkan, mengurangkan radang dan kesakitan, bersifat antiseptik, melancarkan peredaran darah, mengatasi masalah sakit perut dan ketidakseimbangan hormon.

Kelebihan LEXEE

1. Mempunyai LAPAN lapisan bagi membolehkan anda menghadapi kedatangan haid dengan yakin dan selesa.

2.Mempunyai tarikh keluaran dan luput pada setiap pad herba LEXEE.

3.Memiliki daya serapan yang tinggi dan tidak mengalir balik memberikan keselesaan dan sentiasa kering serta bersih ketika memakai pad herba LEXEE.

4.Mencegah kebocoran yang selalu dialami ketika memakai tuala wanita yang tidak berkualiti dan memiliki perlindungan optimum.

5.Mengatasi masalah ketidakselesaan ketika haid, sakit perut yang amat teruk dan juga hormon yang tidak seimbang.

6.Mencegah daripada menghidapi masalah dioksin ketika memakai tuala wanita yang diragui tahap keselamatannya. 

7.Kebanyakkan wanita yang baru pertama kali memakai pad herba LEXEE ini akan dapat merasai kesannya.

8.Harga bagi setiap pad herba LEXEE amatlah mampu milik dan berbaloi untuk mengekalkan kesihatan anggota sulit wanita.

9.Pad herba LEXXE ini juga sesuai untuk lelaki.(boleh guna mana-mana jenis pad herba LEXEE tapi hanya guna lapisan kedua pad)

10.Mempunyai penutup aluminium yang membolehkan dibuka dan ditutup dengan rapi dan selamat.

11.Memberikan aroma wangian harum bunga melur ketika memakai pad herba LEXEE.

12.Satu-satunya tuala wanita bercirikan herba semulajadi. SERATUS PERATUS selamat dan tidak mempunyai bahan kimia.

13.Setiap jenis pad herba LEXEE yang ditempah akan menerima SATU Vagina Test dimana ia akan memberitahu tahap kebersihan dan kesihatan anggota sulit anda.


Jenis-Jenis Pad Herba LEXEE

1.Pantyliner – kegunaan harian selain haid.(Seunit ada 30 pad dan setiap pad bersaiz 15.5cm)

2.Day Use – kegunaan siang/normal flow.(Seunit ada 10 pad dan setiap pad bersaiz 24cm)

3.Night Use – kegunaan malam/heavy flow.(Seunit ada 8 pad dan setiap pad bersaiz 32cm)

“Wanita – jadilah pengguna LEXEE kerana faedahnya yang banyak”

PERCUMA bagi setiap pembelian unit LEXEE tidak kira samada Pantyliner/Day Use/Night Use akan diberikan SATU unit Vagina Health Self Test Card untuk menguji tahap kesihatan bahagian sulit anda.











Harga Seunit: RM15 (pad siang / malam) / RM17 (pantyliner)

Postage Pos Laju Semenanjung Malaysia: RM3

Postage Pos Laju Sabah/Sarawak: RM4

Harga Istimewa Pakej Ahli: RM490 (menerima 30 unit pad herba LEXEE, Starter Kit dan Pakej Ahli Seumur Hidup)

Lokasi & kaedah order Produk: Online sahaja


DEMO PENYERAPAN PAD LEXEE 


TESTIMONI PENGGUNA-PENGGUNA LEXEE PAD